BJIM UIK- Produk Industri Kg Seterpa

Terma & Syarat

Tempahan, Pemulangan dan Penukaran

  1. Pemulangan dan penukaran barangan dengan wang tunai TIDAK dibenarkan.
  2. Setiap barangan yang telah dibeli hanya boleh ditukar sekiranya berlaku kerosakan dan kesilapan barangan yang dikirim. Penukaran dengan wang tunai tidak akan di layan. (Kos penghantaran balik akan ditanggung oleh pihak kami sepenuhnya sekiranya ianya adalah kerosakan dan kesilapan barangan yang dikirim).
  3. Urusan penukaran hanya di terima dalam masa 3 hari selepas anda menerima barangan. Tarikh pos mestilah dalam masa 3 hari bekerja selepas barangan diterima. Contohnya :- Anda menerima barangan pada 1 Jun, maka tarikh pemulangan mesti sebelum 4 Jun. Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk tujuan pos, sila hubungi pihak kami dan kami akan pertimbangkan.
  4. Sekiranya berlaku kerosakan pada barangan yang disebabkan oleh perkhidmatan pos, kos pemulangan balik kepada kami akan ditanggung oleh anda, dan kos penghantaran semula kepada anda akan ditanggung oleh pihak kami. Walaubagaimanapun, kami sentiasa memastikan barangan adalah dalam keadaan yang baik dan tidak mempunyai kerosakan sebelum ianya dihantar kepada pelanggan. Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan dari pelanggan yang ingin menukar barangan kerana tidak berkenan atau sebagainya.
  5. Segala kos pos akan ditanggung sepenenuhnya oleh pihak kami sekiranya berlaku kesilapan dari pihak kami, seperti kami menghantar barangan yang lain dari apa yang pelanggan telah tempah.
  6. Tempahan boleh dibuat terlebih dahulu, tetapi ianya dalam masa 2 hari sahaja. Sekiranya pihak kami tidak mendapat pengesahan bayaran dari pelanggan, pihak kami akan membatalkan tempahan ini dan barangan akan dijual kepada orang lain seperti biasa.
  7. Sila simpan bukti penghantaran dan bukti penerimaan untuk tujuan semakan sekiranya berlaku perkara seperti di atas.
  8. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan tidak mematuhi terma dan syarat di atas dalam membuat sebarang tuntutan kelak.

Pelanggan akan menerima barangan dalam masa 2-4 hari bekerja sahaja selepas tarikh penghantaran. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang disebabkan oleh tadbir urus pihak Pos Malaysia. Sila berhubung dengan kami bila-bila masa berkenaan dengan urusan ini.