Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan,
anda boleh membuat tempahan melalui portal BJIM. Anda boleh mendaftarkan diri
terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Cara-cara untuk membuat tempahan
ada disediakan di dalam portal BJIM.
Selepas membuat tempahan, anda bolehlah membuat pembayaran melalui invois
yang telah disediakan. Selepas pembayaran dibuat, anda perlu kemaskini maklumat
pembayaran anda seperti Nombor Rujukan, Tarikh pembayaran dibuat dan Masa
pembayaran dibuat.
Kakitangan yang dilantik akan menyemak tempahan dan pembayaran yang telah
dibuat dan akan membuat proses untuk penghantaran seterusnya.
Pertama sekali anda mestilah membuat tempahan terlebih dahulu. Sekiranya
tempahan telah dibuat, anda perlu membuat pembayaran menggunakan akaun bank
yang telah disediakan.
Kemudian anda perlu berikan kami Nama, Jumlah Wang
Yang Dimasukkan, Tarikh dan Masa Transaksi, Nama Bank
dan Jenis Pembayaran (CDM, Western Union atau Perbankan Internet).
Maklumat ini diperlukan untuk melancar proses penghantaran barangan.